Artis Hollywood
Laman Web Artis Sudah Tidak Lagi Diteruskan. Harap Maklum
Mengenali aktor Kyle Schmid
Siapakah Kyle Schmid? Kyle Schmid merupakan seorang aktor yang telah dibesar dan dilahirkan di Mississauga di Ontario Kanada. Aktor berkelahiran pada 24 Ogos 1984 ini telah membintangi beberapa drama dan filem termasuklah dalam iklan dan komersil. Di samping itu, beliau juga turut terlibat dalam kerjaya sebagai seorang model. Beliau pada masa ini sedang terlibat sebagai Henry Fitzroy dalam drama bersiri Blood Ties. Antara drama bersiri lain yang turut dibintangi beliau ialah Degrassi: The Next Generation, Odyssey 5, dan The Zack Files
Beliau yang bersekolah di Port Credit Secondary School di Mississauga, Ontario ini turut berlakon dalam filem-filem bertaraf box office seperti The Covenant, A History of Violence, The Sisterhood of the Traveling Pants, The Pacifier, dan Zerophilia.
Sebelum beliau dikenali dalam dunia lakonan di kaca televisyen, beliau telah bekerja sebagai seorang model sebelum menyertai sebuah rancangan uji bakat. Nasib telah menyebelahi beliau apabila beliau telah mendapat tawaran untuk membintangi sebuah filem dari Kanada yang bertajuk Spill pada tahun 1996. Selepas berjaya berlakon dalam filem Spill ini, beliau telah berlakon pula dalam sebuah rancangan televisyen yang berbentuk filem yang diberi nama Alley Cats Strike pada tahun 2000.
Melalui filem Alley Cats Strike ini, beliau telah berjaya mengenepikan 400 pesaing yang lain untuk merebut peranan sebagai pelakon utama. Selepas berjaya dalam filem hit ini, beliau sekali lagi berjaya terpilih untuk membawakan watak utama dalam satu lagi filem hit yang bertajuk The Sandy Bottom Orchestra pada tahun 2000. Kedua-kedua filem ini telah berjaya mengangkat nama beliau sebagai pelakon terkenal di negara Kanada dan telah menjadikan beliau seorang aktor yang mempunyai ramai peminat.
Kejayaan beliau tidak sekadar berhenti di situ sahaja, pada tahun 2001, beliau telah dicalonkan sebagai “Pelakon Muda Terbaik dalam Filem Televisyen” di majlis Anugerah Artis Muda untuk wataknya sebagai Sam Miller dalam filem Latter. Selepas kejayaan itu, beliau terlibat pula dalam drama bersiri popular Kanada yang bertajuk “I was a Sixth Grade Alien” pada tahun 1999 dan beliau telah memegang watak sebagai seorang pembuli yang bernama Jordan Lynch.
Aktor yang menetap di Kanada ini banyak menghabiskan banyak masa lapangnya bermain sukan kegemaran beliau iaitu Bola Sepak. Hobi lain yang turut beliau ada ialah berenang, menunggang kuda dan mendaki gunung dengan basikal. Beliau yang sangat berbakat dalam sukan bola sepak ini turut bermain untuk kelab bola sepak terkenal Erin Mills yang pada tahun 2002 telah diiktiraf sebagai kelab bola sepak terbaik di daerah Ontario, Kanada.
Aktor muda ini dijangka menerima lebih banyak tawaran berlakon selepas ini dan ramai yang menjangka beliau bakal mengikut jejak langkah bekas bintang filem Kanada, Hayden Christensen dan menjadi bintang bertaraf antarabangsa.
Sandra Oh, Pelakon Drama Grey’s Anatomy Yang Berbakat Besar
Siapakah Sandra Oh? Kepada mereka yang sering menonton sebuah drama Hollywood yang bertajuk Grey’s Anatomy, pasti anda mengenali beliau. Sandra Oh dilahirkan pada 20 Julai 1971 di Napean, Ontario Kanada. Anak perempuan kepada imigran Korea ini sangat meminati bidang kesenian dalam usia yang muda dan mengambil kelas tarian balet pada usia hanya 4 tahun. Pada usia 10 tahun, Sandra mula berlakon dalam sebuah pertunjukan The Canada Goose. Beliau banyak menghabiskan zaman persekolahannya dengan terlibat dalam bidang lakonan dan kesenian.
Selepas menamatkan pengajiannya, Sandra telah memasuki Sekolah Teater Kebangsaan Kanada, Montreal di mana beliau telah menghabiskan masanya selama 3 tahun dengan belajar dengan penunjuk ajar teater terkenal Kanada. Pada tahun 1993, Sandra sudah terlibat dalam berbagai-bagai rancangan televisyen dan filem. Selepas berehat untuk beberapa ketika selepas berjaya menewaskan 1000 aktres lain untuk watak dalam sebuah filem televisyen The Diary of Evelyn Lau, Sandra akhirnya sedar yang dirinya telah ditempatkan dalam kalangan pelakon terhebat Kanada. Malah, beliau turut mendapat nominasi dalam Anugerah Gemini di Kanada iaitu sebuah majlis anugerah setaraf Anugerah Emmy di Amerika Syarikat.
Projek lakonan beliau seterusnya pada tahun 1994 yang diberi nama Double Happiness telah membawa aktres ini ke persada dunia glamor dan memperkenalkan beliau kepada peminat filem yang baru. Sandra menghabiskan kebanyakan masanya sekitar tahun 90-an terlibat dalam berbagai-bagai projek yang setiap satunya membawa beliau lebih hampir kepada kegemilangan dalam kerjayanya. Hal ini termasuklah terlibat dalam projek filem Cagney & Lacey Television di samping muncul sebagai pelakon undangan dalam filem terkenal seperti Kung Fu: The Legend Continues dan Lonesome Dove: The Outlaw Years. Pada tahun 1996, Sandra telah berpindah ke Los Angeles selepas muncul dalam program kendalian HBO sebelum terlibat pula dalam projek berprofil tinggi seperti filem Bean pada tahun 1997.
Sandra yang memperoleh pendapatan besar melalui penglibatan beliau dalam program HBO, telah mengambil langkah seterusnya dalam kerjaya beliau dengan menggunakan masa terluang beliau di luar waktu lakonan untuk membuat filem beliau sendiri yang tiga daripadanya dilakukan dalam tahun 1998 sahaja iaitu Last Night, Red Violin dan Permanent Night.
Kehidupan peribadi Sandra Oh agak kurang membahagiakan apabila beliau telah bercerai dengan suaminya, seorang pembuat filem terkenal, Alexander Payne. Selepas 2 tahun melayari alam rumah tangga bersama, mereka akhirnya berpisah secara rasmi pada tahun 2005. Setahun sebelum penceraian mereka, Sandra telah bersetuju untuk menjadi pelakon dalam sebuah filem milik bekas suaminya yang bertajuk Sideways pada tahun 2004. Alexander telah mempertaruhkan kerjaya beliau sebagai pembuat filem melalui filem ini dengan menjadikan Sandra Oh sebagai pelakon utamanya. Watak Sandra Oh sebagai seorang wanita yang berani, tabah dan sangat berdikari telah melahirkan rasa kagum yang tinggi dalam kalangan pengkritik filem.
Sandra Oh memang seorang yang sangat oportunis. Beliau telah memanfaatkan nama dan status beliau sebagai seorang pelakon terkenal dengan berlakon dalam sebanyak mungkin filem. Beliau telah berlakon hampir 24 buah filem dalam masa 5 tahun sahaja. Jadual Sandra yang sangat sibuk telah menyukarkan beliau untuk kembali ke pentas teater sepenuhnya iaitu tempat asal-usul beliau walaupun beliau kerap muncul dalam pelbagai produksi teater berprofil tinggi seperti Vagina Monologues.
Walaupun Sandra telah meletakkan dirinya sebagai seorang aktres Hollywood yang sangat dipercayai, beliau masih kekal sebagai seorang yang hampir tidak dikenali dalam kalangan warga Amerika. Kebanyakan mereka mengenali beliau tetapi tidak tahu siapakah identiti sebenar beliau. Semua itu telah berubah pada tahun 2005 apabila Sandra telah mendapat watak sebagai “Dr Cristina Yang” dalam drama terkenal Grey’s Anatomy. Drama ini telah secara perlahan-lahan menukar beliau kepada sensasi televisyen terbaru. Sandra bersama-sama dengan pelakon seangkatannya seperti Katherine Heigl, Ellen Pompeo dan Patrick Dempsey telah mendapati dirinya seolah-olah terperangkap dalam “pusaran” perhatian media lebih-lebih lagi selepas beliau berjaya menggondol Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Golden Globe Award pada tahun 2006 untuk wataknya dalam drama Grey’s Anatomy.
Mengenal Sandra Oh Dengan Lebih Dekat
Kenapa Kami Menyukai Beliau?
Sandra Oh memiliki bakat dan personaliti yang hebat dan ini adalah setanding dengan kecenderungannya untuk memilih watak-watak yang sukar. Kita berasa begitu sukar sekali untuk melupakan watak Cristina Yang dalam Grey’s Anatomy yang memiliki egonya yang tersendiri padahal itu hanyalah salah satu daripada watak yang beliau pernah kuasai.
Mengapa Beliau Terkenal?
Walaupun beliau seolah-olah baru dikenali dalam industri hiburan (terima kasih kepada drama Grey’s Anatomy), Sandra Oh sebenarnya seorang veteran dalam industri ini kerana beliau pernah muncul dalam lebih daripada 45 buah filem dan drama dalam kerjaya lakonannya sejak akhir 80-an. Tidak seperti rakan seangkatan dengannya dalam bidang lakonan dalam Grey’s Anatomy, Sandra Oh telah bekerja dalam industri hiburan sudah cukup lama. Oleh itu beliau tidak mudah terpengaruh dengan sinar glamor Hollywood. Artis ini secara perlahan-lahan telah membina kerjaya lakonannya menjadi sangat hebat dan beliau telah memastikan dirinya tidak dianggap sebagai pelakon yang cuma datang dan pergi sepintas lalu sahaja.
Disebabkan beliau telah membuktikan kebolehannya untuk memegang hampir apa sahaja jenis watak dan karekter, Sandra tidak perlu risau tentang kemungkinan sesetengah wataknya akan diambil alih oleh mana-mana aktres hanya disebabkan oleh status bangsanya.
Sifat, Bakat & Personaliti.
Tidak seperti karekternya dalam drama Grey’S Anatomy, Sandra Oh sering kali menunjukkan dirinya sebagai seorang yang memiliki hati yang lembut dan seorang yang bertimbang rasa dalam kehidupan sehariannya. Hal ini turut disebabkan oleh kehidupan pada zaman kanak-kanaknya yang dibesarkan di Kanada, di mana beliau dibesarkan seperti kebanyakan kanan-kanak lain yang diberi kebebasan untuk meneruskan impian dalam usia yang muda.
Pengalaman beliau muncul di atas pentas teater dalam usia yang muda telah membuktikan dengan jelas hala tujunya adalah dalam bidang ini. Hasil kerjanya telah diberi pujian yang tinggi oleh komuniti sedunia. Sandra juga turut mendapat pencalonan untuk pelbagai jenis anugerah. Malah beliau telah memenangi Anugerah Aktres Terbaik Untuk Watak Sokongan pada tahun 2006 di Anugerah Golden Globe kerana lakonannya dalam drama popular Grey’s Anatomy.
Keseksian.
Tiada kecantikan yang bersifat umum bagi mana-mana imaginasi. Sandra Oh sememangnya mempunyai kecantikan yang tidak dapat dinafikan. Wajahnya yang nampak eksotik ditambah pula aura yang sentiasa bersamanya walau ke mana sahaja beliau pergi dan pada bila-bila masa sahaja. Sandra tahu apa yang diinginkannya dan beliau tidak takut melakukan apa sahaja yang perlu demi mencapai impiannya. Cita-cita dan semangatnya menampakkan keseksian dan beliau merupakan salah satu simbol seks bagi lelaki yang suka berfikir.sandra oh
Kecantikan Semulajadi.
Pada tahun 2005, Sandra telah dinamakan sebagai salah seorang manusia paling cantik di atas planet oleh Majalah People. Sesiapapun tidak memerlukan minda yang genius untuk menilai kecantikan wajah eksotik beliau lebih-lebih lagi dunia hari ini banyak memaparkan kecantikan yang bersifat stereotaip. Beliau tanpa ragu-ragu telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang wajah di televisyen yang paling menawan.
Gaya Tersendiri.
Gaya tersendiri beliau adalah sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Hal ini menjelaskan lagi kenapa beliau memilih untuk memakai pakaian yang berbentuk aneh di Majlis Anugerah Golden Globe beberapa tahun yang lalu. Dan beliau sekali membuktikan bahawa beliau bersifat mengikut keadaan apabila beliau telah memakai gaun merah yang sangat menawan di Majlis Anugerah Oscar pada tahun 2006.
Pencapaian dan Kemasyhuran.
Sejak beliau memulakan kerjaya profesionalnya pada sekitar tahun 80-an, Sandra telah bekerja secara konsisten di televisyen dan filem. Malah beliau juga turut mengambil masa untuk kembali ke pentas teater apabila ada masa terluang. Kesanggupan beliau untuk menerima watak kecil dalam sesebuah filem besar telah membuktikan bahawa beliau seorang yang sangat mengutamakan kerja. Beliau tidak mahu mendapat watak utama tetapi filem yang dilakonkannya tidak berkualiti.
Sandra bukanlah seorang artis yang gemar berpeleseran dan orang awam jarang melihat beliau di tempat-tempat awam. Malah beliau seringkali didapati menghabiskan masanya di luar waktu penggambaran di rumah keluarganya di Kanada. Ramai yang kagum dengan ketenangan dan kesabaran yang beliau tunjukkan semasa kisah penceraiannya sedang hangat tersebar. Hal ini menunjukkan mereka yang terlibat dalam bidang glamor juga mampu mengawal keadaan dengan baik.
Kata-kata Yang Pernah Diucapkan.
Dalam bidang lakonan, kita tidak boleh menjangka sekiranya kita mendapat penghargaan atas lakonan kita, kita akan kembali bekerja. Ini adalah suatu pendapat yang gila sebagai seorang pelakon. Siapa tahu adakah kita akan bekerja kembali. Tiada yang pasti dalam dunia lakonan
-Kata Sandra Oh mengenai keadaan menjadi seorang pelakon.
Sewaktu kita muda, tiada apa yang menakutkan. Inilah yang paling menarik sekali. Saya tahu yang saya bukan muda lagi kerana saya mula takutkan sesuatu
-Kata Sandra Oh mengenai keadaan dirinya
OTHER INTERESTING RELATED POSTS:
- Artis Arab | February 3, 2008
- Artis Indonesia | February 3, 2008
- Artis Korea | February 3, 2008
- Artis Singapura | February 3, 2008
- Artis Malaysia | February 3, 2008
- Artis Afrika | February 3, 2008
- BANGSA INDONESIA JANGAN BERSIKAP BIADAB! | February 16, 2008
- PENYEMPITAN ISTILAH PUNCA PERSETERUAN | February 16, 2008
- KEKALKAN STATUS QUO DALAM PILIHAN RAYA MALAYSIA KE-12! | February 16, 2008
- Most searched keywords In My Websites | February 17, 2008





